fbpx

Ifa Raziah Hadiahkan Anak Kereta BMW Sempena Hari Jadi Ke-17

Penyanyi Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili sebuah kereta BMW 3 Series (e30) sempena ulang tahu kelahirannya yang ke-17.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ifa berkongsikan video kejutan buat anaknya itu serta memberitahu kereta BMW itu merupakan kereta idaman anaknya.

BACA: “Mana Pi Semua Ustaz Ustazah?” – Selepas Baby Shima, Ifa Raziah Pula Bersuara

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

“Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah ‘birthday boy’. Selamat hari jadi,” katanya.

Menurut Ifa lagi, anaknya itu belum ada lesen memandu dan akan mengambilnya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

“Dia belum ada lesen lagi. Nanti dia akan ambil lesen selepas SPM. Tak buat SPM betul-betul, siap!,” katanya.

Dalam video tersebut, Ifa turut menyertakan kapsyen mendoakan buat anaknya agar dirmuahkan rezeki serta menjadi anak yang soleh.

“Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW,” tulisnya.