Baru 2 Bulan Kahwin, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

Sempat bergelar suami isteri selama dua bulan, suami kepada penyanyi Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam.

Berita duka itu dikongsikan oleh anak kepada penyanyi itu iaitu Atilia Haron menerusi Insta Story hari ini.

BACA: Atilia Tegur Produksi ABPBH 2014 Isu Mikrofon

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian bapa tiri, Gerry Hughes pada pagi Jumaat semalam dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.

“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian itu Atilia tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca kematian Allahyarham.

Terdahulu, Salamiah melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu. Salamiah dan Hughes yang juga kenalannya sejak 15 tahun lalu dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.

×