Tahniah diucapkan kepada pakar bedah kelahiran Malaysia terkenal, Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan cahaya mata sulung pada minggu lalu di Hospital St Thomas, London.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Dr Amalina menerusi Instargram miliknya sebentar tadi serta memperkenalkan pteri sulungnya yang diberi nama Arabella Mia.
BACA: Dr Amalina Sah Bertunang Dengan Jejaka Mat Salih
View this post on Instagram
Menerusi entri itu, Dr Amalina suaminya Alexander Charles meluahkan kesyukuran di atas kehadiran zuriat penuh bermakna itu.
“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lalu di Hospital St. Thomas.
“Kami menyayangi dan menghargai setiap saat bersama bayi kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa menunggu kami pada masa akan datang. Ahamdulillah,” tulisnya.
Perkongsian Dr Amalina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Dr Nur Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles di Masjid Central London pada 31 Mac tahun lalu.