fbpx

Nuha Bahrin, Naufal Azrin Galak Kahwin Muda Elak Maksiat 

Sebut saja nama Nuha Bahrin dan Naufal Azrin sememangnya nama mereka kini menjadi bualan ramai apabila lagu Casablanca menjadi siulan ramai dan sering digunakan di media sosial.

Dilantik menjadi duta Ekspo Perkahwinan Ijab & Qabul 2022, Nuha dan Naufal menggalakkan anak muda di luar sana berkahwin di usia muda untuk mengelakkan masalah sosial dan maksiat.

BACA: “Denyut Atau Degup, Rezeki Saya Melimpah-Ruah” – Nuha Bahrin

Memetik Harian Metro, Nuha berkata bagaimanapun mereka perlu bersedia dalam banyak perkara sebelum mendirikan rumah tangga. Namun, baginya ianya tidak sesuai bagi mereka yang masih bersekolah.

“Saya menggalakkan kahwin awal bagi mereka yang dah bersedia. Kalau dah sedia untuk berkahwin, umur itu tak kisah pun berapa. Cuma kalau yang masih bersekolah itu agak tak sesuai. Tapi kalau atas persetujuan keluarga okay saja. Kalau mereka okay kenapa tidak, kita nak elakkan maksiat.

“Secara peribadi, saya jenis orang yang mengambil berat mengenai pendidikan jadi kalau nak kahwin boleh tapi atas persetujuan keluarga. Tapi kalau boleh habiskan sekolah dulu dan kalau nak kahwin lepas itu tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, Naufal berkata sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin perlu melakukan persediaan dari segi kewangan, mental dan fizikal. Katanya lagi, baginya dia mahu mengutamakan keluarga terlebih dahulu dan belum masanya untuk dia berkahwi.

“Saya setuju saja kahwin muda tapi kena betul-betul bersedia. Bersedia dari segi kewangan, dalaman dan fizikal. Selepas itu, budi bicara dengan orang macam mana kena jaga.

“Saya bukan tak sedia, tapi masa itu belum tiba lagi. Saya nak utamakan keluarga dulu. Kawan lelaki saya yang umur 22 dan sebaya saya pun ada yang dah kahwin. Mereka okay saja,” katanya.