fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai mengenai kenyataan Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang berasa terkilan dengan tindakan bekas penyampainya, Fizi Ali yang berhijrah ke stesen lain pada saat akhir.

Bagaimanapun, Fizi mengakui kesilapannya membuat keputusan meninggalkan Suria FM secara mengejut serta sudah pun memohon maaf.

BACA: Berhijrah Bukan Sebab Duit, Fizi Ali Mengaku Silap Tinggalkan Suria FM Secara Mengejut

Isu tersebut turut mendapat perhatian bekas penyampai radio Suria FM, Shahrol Shiro yang berpendapat tindakan stesen radio berkenaan sebagai tidak profesional kerana kenyataan itu seakan memburukkan bekas penyampai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi Ali pula. Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.

“Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti pasukan bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai itu,” katanya.

Menurut Shahrol lagi, tindakan Fizi itu adalah keputusan yang tepat apatah lagi tempat barunya itu menduduki ranking yang lebih baik berbanding tempat lama.

Perkongsian Shahrol itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk sahabatnya, Ajak Shiro yang dilihat meninggalkan komen.

Ajak turut mempersoalkan tindakan Shahrol yang mengeluarkan kenyataan sedemikian serta meminta supaya sahabatnya membuat sesuatu yang lebih berkualiti dan bukannya melaga-lagakan mana-mana pihak.

Komen Ajak itu dibalas oleh Shahrol yang menafikan dia mahukan ‘spotlight’. Jelasnya, dia bersuara kerana tidak mahu orang lain ditindas sama sepertinya dahulu.

Kata Shahrol lagi, tindakan dia berundur dari stesen radio tersebut sedikit sebanyak memberi rezeki buat sahabatnya itu. Menurut Shahrol lagi, jika Ajak ditindas dia akan bangkit serta mempertahankan sahabatnya itu.

Seperti sudah dijangka, tindakan kedua mereka itu berbalas komen membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai hubungan mereka serta berharap semuanya baik-baik sahaja.