“Talita Sepatutnya Dijangka Lahir Pada Hari Jadi Saya”

Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37 pada 11 Julai lalu, pelakon Raja Ilya mendedahkan anaknya, Talita Love sepatutnya berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ilya bagaimanapun bersyukur anaknya lahir 11 hari awal daripada jangkaan.

BACA: Raja Ilya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Pilih Nama Talita Love

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“My greatest Birthday present of the year is my baby. We all born in the same month @talitalovegarrett 1st july. Myself 11 July. @trentengarrett 17 July.

“Today is my 37 birthday, Baby talita supposedly due on my birthday, but I’m glad she came early otherwise we have to share our birthday,” tulisnya.

Ilya turut berkata hari jadinya tahun ini adalah paling istimewa buat dirinya serta menitipkan ucapan terima kasih buat suami tercinta.

“I’ve spend the most incredible 11 days being a Mother and I love every beat of it. Ini birthday yang paling special untuk Ilya. My greatest gift @talitalovegarrett. Thank you husband @trentengarrett for this amazing gift, thank you for your endless love,” tulisnya.

Raja Ilya yang kini menetap di Australia mendirikan rumah tangga bersama Trent Garret pada 2018. Ilya selamat melahirkan cahaya mata sulung diberi nama Talita Love pada 1 Julai lalu.

×