fbpx

Maria Farida Mengaku Kalau Tak Mekap Rupa Dah Macam Maid

Meskipun di usia 53 tahun, pelakon Datin Seri Maria Farida dilihat masih kekal cantik dan muda seperti anak dara.

Memetik Utusan Online, Maria berkata dia sering dituduh melakukan rawatan pada wajah sedangkan dia takut dengan jarum suntikan.

BACA: Nourul Depp Bakal Berbesan Dengan Maria Farida

“Saya hadap perkara ini. Asyik tanya klinik mana? Suntik apa? Pada tahap ini, saya tak tahu, nak marah atau anggap itu sebagai pujian.

“Hakikatnya, saya tak buat apa-apa. Percaya atau tidak? Terpulang. Saya takut jarum dan kesakitan. Sampai ambil vaksin Covid-19 pun saya ketakutan.

“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.

Kata Maria lagi, setiap wanita mampu memiliki kecantikan semula jadi tanpa melakukan rawatan yang membahayakan.

“Ada yang kata, mustahil. Apa yang mustahil? Tak perlulah suntik filler, bedah sana sini, ikut trend. Semua boleh dimiliki tanpa perlu ‘buat muka’.

“Saya suka pada kecantikan asli. Saya boleh tahu, yang buat muka atau tidak. Muka bengkak, dagu panjang, hidung tinggi. Tak cantik,” katanya.

Dalam pada itu, Maria berkata dia menerima kekurangan dirinya. Malah, Maria mengakui jika tanpa solekan dia juga dilihat biasa.

“Tiada yang sempurna. Ada masa, bila tak bersolek, saya nampak biasa sahaja. Macam pembantu rumah pun ada.

“Kalau keluar rumah, memanglah kena usaha sedikit. Pakailah make up. Saya ada kurangnya. Tanpa solekan, jelas nampak kedutan, lingkaran hitam bawah mata. Tapi sekarang ada filter di media sosial. Itu rakan baik saya.

“Jadi tak perlu nak bedah itu ini. Kita kena terima. Kecantikan menyerlah seiring usia. Begitu juga kelakuan kita, kena seiring usia. Walaupun aktif di TikTok, ada had yang saya tetapkan,” katanya.