fbpx

Netizen Harap Mira Filzah Tak Tampal ‘Sticker’ Pada Wajah Anak

Isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Selasa lalu, suami pelakon Mira Filzah iaitu Wan Emir ada memuat naik perkongsian terbaru buat tatapan umum.

Menerusi entri itu, Emir berkata dia dan Mira meluahkan rasa syukur di atas segala doa serta berterima kasih di atas pengorbanan kedua ibu bapa mereka. Emir turut memuat naik fotonya mendukung anak sulungnya serta Mira bersama bayinya itu.

BACA: Tak Sempat Balas Mesej, Mira Filzah & Suami Masih Kepenatan

“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik.

“Semoga manah Allah ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada engkau kami berserah, Ya Rabb,” tulisnya.

Perkongsian Emir itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas kehadiran cahaya mata mereka itu.

Dalam pada itu ada yang memuji kecantikan Mira yang tetap kekal cantik meskipun baru sahaja melalui proses bersalin serta tidak sabar melihat wajah anak pasangan itu.

Tidak kurang juga, ada netizen meminta pasangan itu tidak meletakkan sticker pada wajah anak mereka seperti yang dilakukan beberapa selebriti.

Selasa lalu, Wan Emir berkongsikan isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, bayi lelaki. Lebih manis tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.