Baru saja melancarkan tudung terbaru, tular video di aplikasi TikTok memaparkan reaksi pelakon Nur Fazura yang tergamam apabila tudungnya habis terjual.
Lebih mengejutkan, reaksi Fazura ‘speechless’ apabila mendapat tahu tudungnya sudah habis dijual dalam masa seminit sahaja.
BACA: Fazura Habis Berpuluh Ribu, Belanja Staff Beg Tangan Jenama Mewah
@fazuramelakaofficial Semua Allah permudahkan Alhamdulillah ??? #fyp #fazura #fattzura #tudungfazura #fypage
Menerusi video itu, Fazura terkejut apabila dimaklumkan tudung habis terjual serta meminta staf menunjukkan bukti bahawa tudungnya memang sudah ‘sold out’.
Fazura turut meluahkan rasa terkejut kerana dia belum habis cakap untuk mempromosikan tudung itu secara Live namun sudah habis dijual.
Diruangan komen video itu, rata-rata netizen mengagumi cara percakapan Fazura yang lemah lembut dan sentiasa rendah diri. Malah, ada yang mengatakan rezeki Fazura kerana menjual tudung dengan harga mampu milik serta berkualiti.
Sebelum ini, tular video Fazura berbelanja ratusan ribu ringgu menghadiahkan beg jenama mewah, Coach kepada semua staff.