fbpx

Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Sulung

Ketika umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan esok, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengumumkan berita gembira mengesahkan dia kini hamil anak sulung.

Berkongsikan perkhabaran itu di Instagram sebentar tadi, Uyaina meluahkan rasa syukur di atas nikmat yang diberikan Allah. Uyaina berkata dia dan suaminya, Raja Syahiran seakan tidak percaya mereka bakal bergelar ibu dan bapa.

BACA: Yakin Syahiran Jodoh Terbaik, Uyaina Arshad Dapat Petanda Melalui Mimpi

“Salam Ramadan. Alhamdullillah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran dan Uyaina.Inshaa-Allah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. Syukur padamu ya Allah. Sejujurnya, kami masih tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Uyaina turut memohon doa daripada orang ramai untuk keselamatan dan kesejahteraan dirinya dan bayi dalam kandungan.

“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan dan keselamatan Uyaina dan bayi sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.

“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa,” katanya.

Terdahulu, Uyaina dan Raja Syahiran melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.