fbpx

Netizen Samakan Suara Bunga Dengan Fizi Upin Ipin

Meskipun sudah dua hari berlalu, acara penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36)masih lagi menjadi bualan netizen di media sosial.

Turut menjadi perhatian apabila netizen mengkritik suara penyanyi rap Bunga yang dikatakan sengau serta menyamakan suaranya dengan watak animasi Fizi Upin & Ipin

BACA: Bunga Isme Menangis Dituduh Punca Ismail Izzani, Shalma Putus

Status netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter lain yang terhibur apabila penyanyi itu disamakan dengan Fizi.

Malah, ada yang mengatakan tidak gemar dengan suara Bunga yang dikatakan kecil dan sama level dengan penyanyi Nabila Razali.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan persembahan Bunga menyanyikan lagu Intan Payung bersama Noraniza Idris dikatakan indah khabar dari rupa kerana berbeza mungkin disebabkan oleh bantuan auto tune.