Baru-baru ini perkongsian bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik fotonya tidak bertudung.
Terbaru, Dr Erin dilihat berkongsikan gambar swafoto secara dekat di Instagram miliknya. Wanita berusia 42 tahun itu seolah mampu berdepan kepayahan dan tetap berusaha meskipun sukar untuk dihadapinya.
BACA: Bekas Isteri Da’i Farhan Dah Buka Tudung?
Perkongsian Erin itu sekaligus mengejutkan ramai yang tampil menegur bekas isteri pendakwah itu yang sebelum ini pernah bertudung labuh. Malah, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan ‘aura ke-19 sudah hilang’.
Meskipun ramai yang mengecamnya, namun ada segelintir pengikut mendoakan agar wanita itu kembali ke jalan yang benar apatah lagi umur sudah pun semakin meningkat.
Terdahulu, Erin berkata dia tidak membuka tudung sepenuhnya. Ujarnya, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam seperti menunaikan solat wajib dan sunat. Kata Erin lagi, selagi dia berada di dalam landangan rukun Islam dan Iman, dia tidak akan lupa diri.