fbpx

Baru Dua Hari Kahwin, Usop Tak Kekok Panggil Isteri ‘Mummy’

Jumaat lalu, penyanyi Usop yang selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Nur Fatihah dengan sekali lafaz selepas dua tahun mengenali hati budi masing-masing.

Baru beberapa hari mendirikan rumah tangga, perkongsian Usop menjadi perhatian ramai apabila Usop dan isterinya membahasakan diri mereka ‘mummy’ dan ‘daddy’.

BACA: Usop Sah Bergelar Suami Nur Fatihah Dengan Sekali Lafaz

Menerusi perkongsian itu juga, Usop turut mengucapkan terima kasih buat isterinya kerana menerima dirinya seadanya dan berjanji akan menjaga Fatihah hingga ke akhir hayat.

“Terima kasih mmy kerana terima daddy seadanya. Insyallah daddy akan jaga mummy sampai ke akhir hayat daddy dan daddy harap perkahwinan ni berkekalan sampai ke jannah…amin,” tulisnya.

Perkongsian Usop itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengusik Usop dan isteri. Kata netizen lagi, baru dua hari kahwin sudah jadi mummy dan daddy.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke syurga dan segera dikurniakan cahaya mata.