Selamat menimang cahaya mata sulung pada 29 Januari lalu, Pencetus Ummah (PU) Riz meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat diberikan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Riz berkata dia akan mendidik anaknya, Muhammad Bilal menjadi anak yang soleh.
BACA: Neelofa Kongsi Foto Bilik Anak, Netizen Teruja Nak Tengok Wajah Bilal
View this post on Instagram
“Alhamdullillah Allah beri nikmat. Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat umi abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.
“Semoga nanti Bilal boleh baca, tidak ada apa yang abah harapkan dari adik kecuali adik menajadi anak yang soleh Semoga Allah takdirkan anak abah ni dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah. InsyaAllah,” tulisnya.
Turut memuat naik sekeping gambar memaparkan sepasang stoking bayi, PU Riz berkata setelah bergelar bapa baru dia tentang kasih sayang ibu bapa.
“Semoga Anak abah jadi orang yang baik InsyaAllah.Baru aku tahu macamana umi abah aku sayang padaku. Terima ksih Allah atas peluang ini. Dah jadi bapak bapak dah pulok.. cepat dunia berlalu,” tulisnya.