fbpx

“Memang Tak Sangka Kamal Adli Jadi Abang Ipar”

Mula mengenai ketika dia menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014/15 lalu, pelakon Raysha Rizrose tidak pernah menyangka Kamal Adli akan menjadi abang iparnya.

Raysha berkata selama ini sememangnya dia dan adik beradik lain tertanya-tanya siapa yang bakal menjadi suami Uqasha Senrose dan tidak terfikir lelaki itu adalah Kamal.

BACA: “Kami Tak Langgar SOP, Video Tular Itu Baru Lepas Sesi Fotografi”

“Serius, saya memang tak sangka Kamal Adli jadi abang ipar. Ketika masuk Dewi Remaja dulu, dia jadi hos. Saya tahu dia macam itu saja dan tak pernah kerja bersama pun. Namun, Kamal ini selalu berada di sekeliling keluarga saya sejak dari dulu, tapi tak pernah nak kenal betul-betul.

“Jadi, apabila mereka berkahwin dan diingat-ingatkan semula, Ya Allah dia ini sebenarnya abang ipar. Itupun selepas lapan atau sembilan tahun kenal dia sejak dari Dewi Remaja,” katanya.

Kata Raysha lagi, Uqasha agak kurang bernasib baik dalam hubungan cinta namun tidak pernah terlintas bahawa Kamal akan menjadi suami kakaknya.

“Kita tahu dia (Uqasha) seorang yang penyayang, tapi sering kurang bernasib baik dalam hubungan percintaan. Namun, akhirnya dia bertemu jodoh dengan Kamal.

“Macam terkejutlah sebab selama ini kita fikir mungkin orangnya jauh sangat, tiba-tiba dah ada depan mata rupanya. Dah lama, cuma tak pernah nak terlintas pun,” katanya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha selamat mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu secara tertutup namun mengumumkan kepada umum sebulan kemudian.