fbpx

Selepas dibawa menaiki kapal layar mewah pada Oktober lalu, pelakon Hairul Azreen sekeluarga menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan menaiki jet peribadi milik jutawan itu.

Berkongsikan momen manis itu di Instagram, Hairul berkata dia juga tidak menyangka dengan rezeki diberikan dan menyifatkan ianya rezeki anak-anak.

BACA: Hairul Azreen Sekeluarga Dipelawa Naik Kapal Mewah Tan Sri Vincent Tan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

“Bila Tan Sri hubungi saya, tak sangka rezeki ni yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022, rezeki anak-anak,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon Hanis Zalikha turut berkongsikan video serta berbesar hati di atas jemputan tersebut. Kata Hanis lagi, ianya permulaan luar biasa untuk tahun 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

“A trip beyond our wildest imagination, so honoured to be invited by Tan Sri Vincent Tan on this dream vacation. MasyaAllah for this rezeki for the kids (and us tumpang) What a way to kick off 2022,” katanya.

Menerusi video tersebut, kedua anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan tersebut.

Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang turut teruja dan tumpang gembira dengan rezeki tersebut.

Oktober tahun lalu, Hairul sekeluarga dijemput menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan tersebut.

Hairul berkata mereka sekeluarga menerima undangan Tan Sri Vincent Tan yang ketika itu baru selesai berenang di Pulau Redang.