fbpx

Michelle Yeoh Turun Padang Bantu Bersihkan Kawasan Banjir

Sempena sambutan Krismas, pelakon Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh meluangkan masa menyertai kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Pelakon itu turut hadir bersama jutawan terkenal tanah air Tan Sri Vincent Tan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2.

BACA: Michelle Yeoh Akan Sumbang RM405,000 Kepada Nepal

Difahamkan, kedua personaliti itu menyertai kerja-kerja pembersihan bersama pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddist Tzu-Chi Malaysia.

“Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua. Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu mangsa banjir,” kata Michelle.