Siapa yang macam kami, bila beli barang online tu, rasa tak sabar nak dapat barang. Maklum lah tak sabar nak melaram sebenarnya. Kalau korang macam kami yang tak sabar-sabar nak dapat barang online tu korang kena baca ni sampai habis.
Siapa jer yang tak nak beli barang hari ni dapat pun hari yang sama kan. Bila kita membeli tu sudah semestinya kita nak gunakan? Kali ni kami nak share dengan korang satu aplikasi yang akan buat korang jatuh cinta.
Fastentix
Kalau korang nak tahu, Fastentix ni adalah aplikasi yang menggabungkan marketplace dan logistik. Aplikasi ini dibangunkan sebagai satu ekosistem penjualan dan pembelian.
Aplikasi Fastentix ni diasakan oleh Puan Ernayanee Nur Binti Julaimi, founder kepada produk wangian De’Xandra yang akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 2022.
Dengan aplikasi Fastentix ni korang dah tak perlu tunggu barang online korang berhari-hari, sebabnya barang tersebut akan dapat hari yang sama.
Yang buat kami love sangat dengan aplikasi ni bukan apa, semua barang dalam Fastentix adalah barangan original. Jadi tiada masalah barang tiruan bila sampai di tangan nanti.
100% Oleh Anak Tempatan
Jangan terkejut, aplikasi yang dibangunkan 100% oleh anak tempatan Malaysia ini menjadi solusi kepada masalah yang dihadapi oleh para usahawan.
Di Fastentix, para usahawan dan reseller-reseller lain dapat berniaga dengan lebih harmoni, tanpa berlakunya perang harga.
Peluang Pekerjaan Yang Meluas
Selain dari korang boleh membeli di Fastentix ni, korang juga boleh jer jual barang korang dalam aplikasi ni. Tak kisahlah sama ada kecil atau besar untuk menjadi FastMerchant di Festantix ni.
Secara tidak langsung Fastentix dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia untuk berniaga. Sekaligus dapat menjana eknonomi negara.
Kini, korang tidak perlu risau tentang penghantaran produk yang lambat. Aplikasi ini memudahkan korang untuk membeli produk yang asli dan dapat produk pada hari yang sama. Melalui reseller produk yang berhampiran dengan korang.
Maklumat lanjut layari laman rasmi Fastentix.