fbpx

Berkahwin pada usia 38 tahun, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata situasi dirinya dianggap sedikit lewat untuk membina keluarga ketika itu.

Kata Dr Muszaphar lagi, dia berkahwin lewat disebabkan banyak perkara. Kini usianya sudah mencecah 49 tahun dan masih berusaha untuk membesarkan anak-anak yang kecil.

BACA: Anak Selamba Lompat Atas Kereta BMW, Netizen Puji Kesabaran Dr Sheikh Muszaphar

“Saya berkahwin pada umur 38 tahun, dan sekarang ketika umur saya 49 tahun saya masih berusaha membesarkan anak-anak kecil yang berlari-lari sekitar rumah,” katanya.

Menerusi satu perkongsian, Dr Muszaphar meletakkan usia 32 tahun merupakan umur terbaik bagi seseorang lelaki, manakala wanita pula berusia 28 tahun untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Dr Muszaphar, peringkat usia tersebut adalah tempoh terbaik dari sudut kewangan dan emosi seseorang individu untuk membina keluarga.

“Saya sentiasa berpendapat usia terbaik untuk seseorang lelaki berkahwin adalah pada usia 32 tahun dan wanita 28 tahun.

“Namun, anda tidak akan pernah bersedia sehinggalah anda mengambil keputusan untuk ‘settle down‘,” katanya.