fbpx

Rita Rudaini Bengang Penghantar Makanan Buat Kerja Tak Ikhlas

Menerusi satu perkongsian di Instagram semalam, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bengang dengan sikap penghantar makan yang melakukan kerja sambil lewa.

Dalam entri tersebut, Rita geram terhadap penghantar makanan yang membiarkan bungkusan air yang dipesan bocor dan dibiarkan sahaja menitik di depan rumah tanpa memberitahunya.

BACA: Rita Rudaini Bengang Rider Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah

“Aku memang sangat marah dengan perangai manusia macam ni.. Dah pecah dah bocor sekurang-kurangnya, kau bagitahu lah.. Ni kau boleh blah je.

“Menjijih air milo sampai ke depan sana kau bawa, dengan bocor pastu kau letak je tinggal je macam tu.. Yang kau bawa ni rezeki orang ye. Dan kau pun cari rezeki… Tapi cara kau cari rezeki dengan cara tidak jujur dengan rezeki kau sendiri dan rezeki orang!” katanya.

Sementara itu dalam satu perkongsian lain, Rita turut kesal dengan pengantar makanan berkenaan seolah-olah membuat kerja tidak ikhlas sehingga menyusahkan orang lain.

“Kepada penghantar rezeki orang pagi Jumaat ni. Kau tak ikhlas dengan kerja kau dan sebab tu, kau tak boleh nak jaga rezeki orang lain!

“Dah jadi satu kerja aku nak basuh lantai depan rumah dengan air milo yang tumpah tinggal plastik je. Orang macam ni memang tak pernah ikhlas dengan sendiri-sendiri. Apatah lagi dengan orang lain,” katanya lagi.