“Terima Kasih Allah Di Atas Ibu Mertua Terbaik Di Dunia”

Baru-baru ini perkongsian pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian apabila meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang.

Menerusi entri itu, Fasha berkongsikan luahan rasa dan kata-kata manis untuk ibu mertuanya sempena ulang tahun kelahirannya semalam.

BACA: Netizen Kritik Rambut Perang Fasha Sandha

“Ibu mertua terbaik di dunia adalah ibu mertua saya. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata manis dan mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.

“Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya itu tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata,” katanya.

Fasha turut menzahirkan ucapan terima kasih buat ibu mertuanya yang bukan sahaja baik kepadanya malah kepada menantu lain tanpa mengira kasih.

“Kami selalu bersyukur ada ibu mertua yang baik. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia dan diberikan kesihatan yang baik. Saya sayang ibu. Kami semua sayang ibu,” tulisnya.

Fasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 28 Mac 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha kini setahun dua bulan.

×