fbpx

Izreen Azminda Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan buat Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid selamat menimang anak kedua iaitu cahaya mata lelaki jam 9.05 pagi tadi.

Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Izreen di akaun Instagramnya. Menerusi perkongsiannya itu, Izreen meluahkan rasa syukur proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Perkongsian Izreen mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Ini adalah anak kedua Izreen bersama suaminya yang juga pemuzik bebas, Ude selepas dikurniakan cahaya mata pertama Aaron Ibrahim kini berusia dua tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Izreen mempunyai seorang cahaya mata Muhammad Adrian Umar kini berusia tujuh tahun.

Ude juga memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4, hasil perkahwinan terdahulu bersama Intan Saleh.