fbpx

Zul Ariffin Tak Minat Pergi Kenduri Kahwin

Menerusi satu sesi IG Live, pelakon Zul Ariffin mengakui dia jarang memenuhi undangan majlis perkahwinan termasuk rakan selebriti.

Namun, Zul berkata dia tidak akan terlepas ke majlis pengebumian untuk memberikan penghormatan terakhir. Kata Zul lagi, dia bukan mahu tunjuk hebat, sebaliknya hanya berkongsi.

BACA: “Saya Nak Mati Sebagai Suami Orang”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

“Minta maaf, tetapi itulah perspektif dalam hidup saya. Bukan nak jadi gempak ke apa ke, tapi saja nak share perspektif hidup saya.

“Kalau orang kahwin tak kiralah artis ke kawan ke saya jarang pergi. Tapi kalau orang meninggal saya sampai. Itu saya daripada dulu. Sebab everytime saya tengok, saya rasa macam wow itulah destinasi kita semua,” katanya.

Terdahulu, pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan rasa hatinya yang turut terkesan dengan pandemik melanda negara. Kata Zul, jika dia berkahwin dia hanya ingin solat bersama isterinya dan mahu ‘pergi’ sebagai seorang suami.