Meskipun baru sahaja berusia 26 tahun, nama pengacara dan pembaca berita Hawa Rizwana kini semakin dikenali ramai dan pantas mendaki tangga populariti.
Meskipun dikenali ramai, namun Hawa berkata hatinya masih belum lagi dimiliki mana-mana lelaki. Malah, dia belum terfikir untuk memiliki kekasih.
BACA: Hawa Rizwana Mahu Lelaki Setia, Tak Kisah Kerja Apa
Hawa juga mendedahkan dia juga tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta sebelum ini. Ujarnya, buat masa ini dia hanya mahu fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.
“Saya sangat dahagakan pengalaman (kerja). Lagi pun saya memang tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelaki itu adalah,” katanya.
Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Hawa berkata bapanya telah meletakkan dua syarat jika ada lelaki ingin menyunting puteri kesayangannya.
“Ayah bagi dua syarat. Pertama lelaki yang bangun solat Subuh sebab kalau dia bangun solat Subuh, insya-Allah solat lain akan terjaga. Yang kedua, lelaki yang tidak merokok.
“Saya secara peribadi inginkan bakal suami yang boleh menerima saya ketika susah dan senang, semasa sakit atau sihat, memahami dan boleh menenangkan saya ketika dalam kegelisahan,” jelasnya.