fbpx

Barisan Jelitawan Dalam Filem Terbaru Prof. A Razak Mohaideen

Pengarah ‘kesayangan’ ramai, Prof. A Razak Mohaideen kembali lagi. Kini dengan 8 orang jelitawan mengiringi comeback beliau.

Menurut satu sumber dari forum Cari, Prof. Razak sekarang dalam rangka untuk mengarah sebuah filem terbaru dengan tema thriller.

Jadi, apa kena mengena 8 jelitawan dengan filem tema thriller begini bukan?

Penyampai cerita ini memberitahu yang konsep filem baru ini begini, 8 orang jelitawan di’tempatkan di’sebuah pulau (atas sebab apa tidak jelas) & seorang demi seorang hilang.

Ini menimbulkan misteri kepada mereka yang ada kerana kehilangan rakan secara misteri & aneh.

Lebih menarik, Rozita Che Wan & Fauziah Ghous antara nama yang di’sebut bakal membintangi filem ini.

Jika benar 8 jelitawan di’sumbatkan dalam satu filem, dan filem ini meletup pula di’pawagam, memang hasil tangan Prof. Razak kali ini memang akan menjadi epik.

Kita tunggu & lihat sahaja. Sampai sudah masanya sekarang Prof. Razak tampil dengan filem yang lebih bermutu dari siri Anak Mami.