fbpx

Netizen Muak Lihat Wajah Ayda Jebat Di Iklan

Baru-baru ini tular perkongsian seorang netizen di laman Twitter meluahkan rasa tidak puas hati melihat wajah pelakon Ayda Jebat di kebanyakan iklan di Malaysia.

Status tersebut turut mendapat perhatian Ayda yang tidak melatah mahupun melenting, namun pelakon itu bertindak membalas dengan tenang.

BACA: Ayda Jebat Dedah Hampir Keguguran Akibat Tekanan

Ayda menganggap segala nikmat yang diperoleh adalah rezeki daripada Tuhan serta meminta individu berkenaan supaya tidak menonton iklan yang memaparkan wajahnya.

“Rezeki saya, rezeki awak belum tahu lagi, mungkin lebih daripada saya. Awak je tak nampak. Relaks, kalau tak suka langkau je tau. Awak menyampah tapi orang lain dan klien (pelanggan) suka. Jangan toksik sangat,” tulisnya.

Perkongsian Ayda itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan status tersebut serta meminta pelakon itu mengabaikan komen netizen berkenaan.