fbpx

“Tak Ada Darah Campuran, Fazura Wanita Melayu Paling Cantik”

Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura ada memuat IG Live bagi mempromosikan produk kecantikan keluarannya. Tampil simple dengan kemeja dan selendang hitam, rata-rata netizen terpegun dengan kecantikannya itu.

Malah, di laman Twitter tular video Fazura bercakap di IG Live tersebut. Meskipun mengetahui pelakon itu sememangnya cantik, namun rata-rata mereka tidak berhenti memuji kecantikan semula jadi Fazura.

BACA: Tak Sampai 5 Jam Dilancarkan, Beg Tangan Fazura Habis Dijual

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Kata netizen lagi, Fazura tetap kelihatan muda meskipun usianya sudah mencecah 37 tahun. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tidak perlu darah campuran, Fazura merupakan wanita Melayu paling cantik di Malaysia.

Dalam pada itu netizen berkata suaminya, Fattah Amin sangat bertuah kerana memiliki isteri secantik Fazura. Kata netizen lagi, wajah Fazura sejuk mata memandang dan tetap cantik walaupun tiada solekan.