fbpx

Akhirnya segala spekulasi mengenai kehadiran Neelofa ke Langkawi terjawab apabila selebriti popular itu ke sana atas urusan kerja bersama syarikat minuman Chatime.

Bagaimanapun, sejak semalam hangat diperkatakan apabila usahawan itu berkongsikan video di Insta Story menaiki kereta kabel bersama suaminya, PU Riz.

BACA: “Belum Lancar Tapi Dapat Free Marketing Gegar Satu Negara, Syukur”

Menerusi video itu, pasangan pengantin baharu itu dilihat berpegangan tangan sambil menikmati keindangan pemandangan di puncang gunung.

Seperti sudah dijangka, perkongsian video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan adakah cawangan baru dibuka di kereta kabel.

Tidak kurang juga ada yang menyindir cawangan baru yang bakal dibuka di Langkawi itu lain daripada yang lain apabila perlu menaiki kereta kabel terlebih dahulu.

Semalam, Neelofa tampil memberi respons mengenai kontroversinya ke Langkawi. Neelofa meluahkan rasa syukur kerana di atas kekecohan tersebut sekaligus memberi ‘marketing’ percuma pada peniagaannya meskipun belum dilancarkan lagi.