fbpx

Badan Makin Sado, Ismail Izzani Buat Ramai Gadis Tak Keruan

Jika anda mengikuti Instagram penyanyi Ismail Izzani, pasti ramai perasan dengan perubahan bentuk badannya yang kini dilihat semakin sado.

Akui gembira apabila berjaya mengamalkan gaya hidup sihat serta melakukan senamam untuk tubuh badannya, Ismail berkata dia kini lebih yakin dengan dirinya.

BACA: Ismail Izzani Bangga Sudah Boleh Beli Seluar Dalam Sendiri

“Secara jujurnya pertambahan berat badan benar-benar memberikan saya lebih keyakinan dan juga mengamalkan gaya hidup sihat.

“Pergi ke gim atau melakukan senaman bukan bermaksud anda mahu menjadi ‘sado’. Namun segalanya terpulang kepada diri anda.

“Pilih matlamat anda dan jadikannya kenyataan. Tidak mengapa kalau ia mengambil masa. Setiap kemajuan memerlukan masa,” katanya.

Perubahan tersebut ternyata membuatkan ramai gadis tidak keruan, malah ramai meninggalkan komen memuji Ismail yang kelihatan semakin kacak menerusi satu perkongsian foto.

Terdahulu, Ismail berkata dia sedang mengawal pemakanan dan rajin bersenam supaya tidak kelihatan terlalu kurus. Ujarnya, perubahan yang dilakukan bukan kerana dipaksa sebaliknya atas kesedaran sendiri.