fbpx

Anda Tak Percaya Pun Brand Terkenal Ini Dari Malaysia!

Kalau anda keluar shopping, anda pilih barang branded dan lokal? Pasti banyak yang jawab barang branded kan? Apa barang beli barang lokal. Ish! Jangan sesekali fikir macam tu!

Bila anda beli barangan buatan Malaysia, anda dapat contribute untuk ekonomi negara. Ye lah sekarang kan kita masih lagi hadap COVID-19. Ramai yang hilang kerja dan ramai jugak yang dah start berbisnes. Masa inilah kita jangan sombong, dan mula sokong barangan tempatan atau lokal.

Sebab tu kerajaan mengambil langkah untuk adakan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) supaya kita semua menyokong beli barangan lokal ni. Benda ni bukan untuk kepentingan diri tapi untuk menggalakkan ekonomi dalam negara!


Dan jangan tak tahu, sekarang ni pun kalau anda tengok, banyak ‘house brand’ dari pasar raya terkenal tau. Dan jenama sendiri keluaran pasar raya utama ini jugak banyak jadi pilihan pengguna.

Seriuslah Ni Dari Malaysia?

Okay sebelum kita nak go deep dengan House Brand ni, apa kata anda usha list kat bawah ni, anda pun tak percaya yang jenama-jenama ni adalah dari Malaysia!

1. Gardenia

Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja…Mesti anda rasa Gardenia ni jenama Amerika kan? Tidak, ia merupakan jenama Malaysia. Gardenia Food Industries telah diasaskan di Sabah oleh Datuk Wong Tze Fatt.

Ceritanya bermula pada tahun 1969, apabila seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocumm telah dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan perniagaan bakeri. Beliau mempunyai pengalaman selama 35 tahun berniaga bakeri kat Amerika Syarikat. Dan dari sinilah tertubuhnya Gardenia yang telah diuli buat pertama kalinya pada tahun 1986.

2. BONIA (Sembonia dan Carlo Rino)

Sekali dengar macam jenama dari Itali. Tapi rupa-rupanya jenama Malaysia yang diinspirasikan dari Itali. BONIA Corporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan S.S. Chiang. Pada tahun 1977 beliau telah melawat Pameran Perdagangan Kulit kat Bologna, Itali di mana beliau telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16, Giambologna.

3. Munchy’s

Siapa sangka Munchy’s merupakan produk tempatan? Munchy’s diasaskan pada tahun 1991, di di Batu Pahat. Jenama Munchy’s bermula apabila 2 orang beradik iaitu SK Tan dan LK Tan menubuhkan Munchy Food Industries. Kemudiannya, 2 orang adik beradik mereka iaitu CK Tan dan Net Tan turut menyertai Munchy’s.

Mereka menyasarkan untuk memasarkan produk Munchy’s ke seluruh dunia. Destinasi luar negara pertama mereka adalah Afrika Selatan. Kini, Munchy’s mempunyai pelbagai jenis produk makanan dan boleh didapati di banyak negara termasuklah di Hong Kong, Iraq, Singapura, Korea Selatan, Bahrain dan banyak lagi.

4. Spritzer

Kami pun tak sangka rupanya Sprinzer ni produk Malaysia! Air mineral Spritzer memang rasa sedap, tidak payau berbanding air mineral lain.

Spritzer Group of Companies yang terdiri daripada 8 buah anak syarikat telah memfokuskan kepakaran mereka kepada pencarian, penghasilan serta pengedaran air mineral semulajadi, air mineral sparkling, air suling minuman, air gas perisa buah, air perisa buah dan macam-macam lagi sejak penghujung 1980an.

Syarikat ini perlu menjaga sumber air semulajadi yang terletak di Taiping, Perak
Spritzer turut mengeksport produk mereka ke Singapura, Brunei, China, Hong Kong, Taiwan dan Papua New Guinea.

5. Secret Recipe

Tipu sangat kalau anda tak kenal dengan jenama Secret Recipe ni. Femes kot! Kalau ada sambutan hari lahir jer pasti Secret Recipe menjadi pilihan ramai bagi mendapatkan kek hari jadi.

Diasaskan pada tahun 1997, Secret Recipe merupakan hasil titik peluh Datuk Steven Sim yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Outlet pertama kedai kek ini terletak di SS2, Petaling Jaya.

Beliau memulakan perniagaan ini bersama 3 orang anak saudara beliau yang merupakan bakers terlatih. Kini, Secret Recipe mempunyai lebih 440 buah kafe di beberapa buah negara termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan banyak lagi. India dan New Zealand menjadi negara seterusnya bagi cawangan baru Secret Recipe. Awesome kan?

Ini baru 5 jenama, sebenarnya banyak lagi jenama-jenama dari Malaysia ni. Semuanya therbaik. Antaranya Big Apple, Giant, Golden Screen Cinemas, British India, Jimmy Choo dan banyak lagi lokal produk yang hebat-hebat belaka!

Jenama Sendiri Banyak Dikeluarkan Pasar Raya Besar

Kalau anda dapat tengok sekarang ni, banyak produk buatan tempatan di pasaran. Macam dengan House brand atau atau jenama sendiri pun dah banyak dikeluarkan oleh pasar raya besar untuk memberi pilihan kepada anda untuk mendapatkan barangan dengan harga berpatutan. Antaranya Giant, Mydin dan jugak Tesco!

Macam barang-barang dapur tu anda boleh jer beli di pasar raya. Banyak jugak yang dikeluarkan dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Berkualiti jugak tau!

Macam Giant sendiri dah ada 10 jenama sendiri dipasarkan di pasar raya seperti Giant, TMC, Cold Storage, Mercato, G-Ekspres dan ShopSmart. Semuanya diperkenalkan sebab untuk bagi anda produk yang segar dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Mydin pun tak terkecuali tau untuk keluarkan jenama sendiri. Ada 50 jenama sendiri untuk macam-macam kategori termasuk makanan. Pengeluaran jenama ni adalah untuk membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (SME). Memang murah lebih 30% dari harga biasa tau. Yang mana buat bisnes tu, dapatlah jimat kos bila beli produk dengan jumlah yang besar.

Tesco Stores pulak telah mengeluarkan ribuan barangan berjenama Tesco yang dibekalkan ke 62 rangkaian cawangannya di seluruh negara. Pergh banyak tu! Mereka juga memastikan harganya berpatutan dan mampu dibeli oleh anda yang mahukan barangan berkualiti.

Jadi, daripada membazir membeli barang jenama lain, lebih baik anda beli jer jenama tempatan yang berkualiti ni kan?

Sokong Barang Lokal!

Dalam keadaaan COVID-19 yang sedang melanda negara kita, apa kata kita sokong produk lokal untuk merancakkan lagi ekonomi negara. Sekarang ni ramai yang kehilangan kerja, dan ada yang mula berniaga untuk cari duit. Why not kita mula sokong dari usahawan-usahawan kecil ni dulu. Sokong mereka. Sekecil-kecil amaun yang kita beri kepada mereka, at least dapat bantu hidup mereka.

Dalam masa yang sama, ekonomi negara kita pulih. Anda pun boleh jimat duit dengan membeli produk House brand ni.

Memang banyak jugak rupanya produk jenama dan buatan Malaysia ni. Malah barang-barang mereka ni pun kadangkala lebih baik daripada jenama luar negara. Malah mereka-mereka ni semua kebanyakannya telah berjaya menjadi produk antarabangsa. Tahniah!


Tapi tak dinafikan masih terdapat jugak sesetengah masyarakat yang obses dengan barangan jenama luar. Anda lebih suka memilih barangan jenama luar yang harganya lebih mahal daripada membeli barangan jenama tempatan.

Sebab itulah kerajaan telah melaksanakan kempen beli barangan Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi membantu pengusaha tempatan meluaskan lagi jaringan pemasarannya serta merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

Jadi jom sahut seruan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) untuk beli barang lokal! Kenapa harus memilih, kalau anda boleh beli barangan buatan lokal?