fbpx

Haqiem Rusli Beli Kereta Mewah Harga RM290,000

Jika tiga tahun lalu, penyanyi Haqiem Rusli membeli kereta pertamanya jenis Mitsubishi Lancer, nampaknya Haqiem sekali lagi membeli sebuah kereta baharu untuk dirinya.

Selepas bekerja keras selama beberapa tahun, Haqiem menghadiahkan dirinya dengan membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC 20 dianggarkan berharga RM290,000. Lebih istimewa Haqiem turut memilih tahun kelahirannya 1998 sebagai nombor plat kenderaan.

BACA: Haqiem Rusli Buka Kedai Makan Pada Usia 22 Tahun

https://twitter.com/HaqiemRusli/status/1320948225524654080

“Alhamdulillah, atas rezeki Allah SWT. Saya ada banyak juga buat ‘survey’ termasuk kereta BMW dan Range Rover, tapi ini menjadi pilihan saya.

“Ayah pun suka. Memandangkan saya belum ada lesen memandu, jadi kereta ini dipandu ayah. Kalau ada kerja, saya minta tolong pengurus yang bawa,” katanya kepada Harian Metro.

Turut berkongsikan perkara itu di Twitter, Haqiem berkata dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua anak muda.

“Sebelum buat hantaran di Twitter, saya terfikir juga nanti orang kata nak menunjuk, tapi niat saya adalah untuk memberikan inspirasi kepada semua.

“Kebahagiaan dan kegembiraan yang dimiliki tak salah untuk dikongsi semoga ia menjadi pembakar semangat untuk semua,” katanya.