fbpx

Video: Pete Teo Kini Kembali Dengan Kempen Kesedaran UNDILAH

Jika anda masih ingat dengan kempen kesedaran awam (PSA) Here In My Home & juga projek 15Malaysia, pasti anda akan gemarkan projek baru ini.

Pete Teo, pemuzik & juga aktivis Malaysia baru sahaja melancarkan trailer untuk projek terbaru beliau UNDILAH.

Menurut laman Facebook rasmi UNDILAH, Pete Teo menyebut video penuh untuk kempen patriotik ini akan di’tontonkan kepada umum pada 16 September 2011 bersempena dengan Hari Malaysia.

Seperti projek projek sebelum ini, Pete Teo berjaya membawa nama besar ke’dalam kempen terbaru beliau.

Tony Fernandes (gambar), Afdlin Shauki, Wardina, Sharifah Amani, Namewee, dan Jehan Miskin antara selebriti dan nama besar yang turut serta dalam kempen UNDILAH.

Kita nantikan 16 September untuk video penuh, untuk masa sekarang, enjoice trailer UNDILAH selepas ini.