fbpx

Finalis Kumpulan Manakah Yang Akan Bergelar Juara Suria Duo X?

Akhirnya Suria Duo X dah sampai final. Fuh! Selepas proses pemilihan dan perbincangan selama tiga minggu, finalis Suria Duo X akhirnya akan mempamerkan kemampuan vokal terbaik mereka bersama kumpulan artis impian mereka iaitu #teamSyamelxSitiSarah, #teamEzadLazimxAinaAbdul dan #teamAzlanxAraJohari.

Ketiga-tiga finalis ini akan diumumkan melalui radio Suria FM dan media sosial Suria Malaysia. Anda jangan lupa untuk strim siaran langsung Finale Suria Duo X pada hari Jumaat, 9 Oktober ini, jam 9.00 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

Persembahan artis legenda pun ada dalam Finale Suria Duo X ni. Antaranya, Dato Hattan, Adam E, Yonnyboii dan Dolla. Wahh..Tak sabar nak tengok!

Undi Peserta & Kumpulan Pilihan Anda

Gais, anda boleh menentukan juara Suria Duo X dengan mengundi peserta dan kumpulan pilihan anda secara online menerusi laman rasmi di undi.suria.my bermula pada 5 Oktober sehingga 9 Oktober 2020. So buat pilihan betul-betul ya. Yang mana anda rasa power, terus undi okay!

Buat anda yang masih belum mengetahui dan menonton video mingguan Suria Duo X, ikuti episod Suria Duo X di suria.my/suriaduox. Don’t worry, anda boleh tonton persembahan meletop mereka di sini. Lepastu boleh lah nak buat undian.

Hadiah Yang Sangat Lumayan!

Anda nak tahu tak, juara Suria Duo X akan membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi Suria Duo X manakala tempat kedua dan tempat ketiga meraih RM3,000 dan RM2,000 serta trofi Suria Duo X. Huntong betul mereka ni.

Jadi, siapakah yang bakal memenangi semua hadiah lumayan ni? Anda kenalah tengok dan jangan ketinggalan menyaksikan kehangatan Finale Suria Duo X pada Jumaat, 9 Oktober pada jam 9.00 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

‘Suria Bagi Duit Huntonglah’

Best kan diorang boleh menang hadiah lumayan. Anda pun boleh jugak! Bermula 28 September hingga 16 Oktober ini, rebut peluang menang sebahagian daripada RM30,000 menerusi peraduan ‘Suria Bagi Duit Huntonglah’!

Mudah jer, anda hanya dengarkan Suria sepanjang masa, jadi pengirim WhatsApp terpantas di 012-5551053 berserta nama penuh, nombor mykad dan #suriabagiduithuntonglah sebaik saja isyarat memanggil dikeudarakan.

Kemudian nantikan panggilan daripada penyampai Suria yang bertugas dan berikan jawapan untuk tajuk lagu serta nama penyanyi yang ada menyebut audio ‘Suria Bagi Duit Huntonglah’.

Kalau jawapan yang diberikan adalah betul, wang tunai berjumlah RM200 akan dimenangi dan jika jawapan yang diberikan salah, wang tersebut akan digandakan dalam segmen berikutnya. Wahh…so gais, jangan lepaskan peluang ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.