fbpx

Lain macam betul keluaran teknologi terbaru daripada jenama OPPO kali ni. Mengancam habis beb! Buat pertama kalinya di Malaysia, OPPO melancarkan OPPO Watch yang direka khas untuk memudahkan kehidupan seharian anda!

Fuhh tak sabar rasa nak tahu apa yang menarik tentang OPPO Watch. Dengar cerita OPPO Watch ni adalah jam pintar Android paling hebat yang pernah dihasilkan. Anda pasti nak tahu juga kan? Apa kata kita layan info di bawah.


1. Menjadikan Hidup Anda Lebih Mudah

OPPO Watch ini bukan setakat stylish, tapi boleh memudahkan kehidupan harian anda yang always on-the-go! Anda mesti hairan kan kenapa kami berkata begitu. Ini semua gara-gara anda boleh menggunakan Wear OS dari Google.

Apa yang menariknya dengan Wear OS dari Google ini, siri OPPO Watch menyediakan lebih daripada 4,000 aplikasi dalam Google Play Store. Dengan features yang sangat membantu, game, dan pelbagai lagi aplikasi lain membolehkan anda untuk stream muzik, respon pada panggilan dan teks dengan pantas, check out berita setiap hari, melakukan pembayaran dengan pantas walaupun dimana sahaja anda berada.

Anda juga boleh mengecas OPPO Watch ini sepantas kilat kerana dengan VOOC Flash Charge! OPPO Watch dilengkapi dengan sistem ketahanan dual-chip bersama dengan cip dual Qualcomm Snapdragon Wear 3100 SoC dan Ambiq Apollo3 MCU untuk memberikan dua mod daya tahan. Dalam Mod Pintar, jam tangan ini dapat bertahan hingga 36 jam, manakala dalam Mode Ketahanan, data masuk, peringatan, dan pemantauan jantung bertahan sehingga 21 hari.

Jangan risau jika anda lupa mengecas jam tangan pada waktu malam kerana ianya dilengkapi dengan sistem Pengecasan Kilat Watch VOOC. Jam tangan hanya memerlukan 15 minit masa pengecasan untuk mencapai tahap bateri yang cukup untuk penggunaan seharian. Caj penuh pulak mengambil masa hanya 75 minit sahaja, yang jauh lebih cepat daripada produk lain di pasaran.

Jadi tak ada lah ambil masa yang lama untuk tunggu bateri jam anda penuh. Jangka hayat bateri OPPO Watch ini juga tahan lama tau. So memang sesuai dengan anda yang sentiasa nak cepat dalam setiap pergerakan.

2. Sesuai Untuk Gaya OOTD Nanti, Meletops Kali Tu

Tak perlu tukar-tukar jam, dengan OPPO Watch, anda boleh style kan untuk digayakan dengan outfit anda. Memang kali tu, meletops habis lah gambar korang. Orang tak akan tengok outfit sahaja tau, tapi part jam tu mesti ada yang komen bertanya beli di mana dan brand apa. Maklumlah barang cantik memang ramai yang nak tahu.


Keunikan OPPO Watch ini ditambah lagi dengan ciri always-on display pada AMOLED screen untuk paparan HD dan brightness sehingga 1000 nits, yang memastikan paparan pada OPPO Watch anda clear dan terang walaupun di bawah matahari terik.

Nak-nak lagi OPPO Watch ini mempunyai paparan tanpa bingkai sebesar 1.91 inci dengan ketebalan hanya 46mm dan dilengkapi dengan 3D dual-curved display yang selalunya direka untuk smartphone. Dan paling best jam tangan AI ini boleh buat pelbagai gaya untuk dipadankan dengan pakaian harian anda.

Contohnya pada gambar kat atas ni, Outfit-Matching AI watch face pada OPPO Watch ini membolehkan anda untuk snap gambar OOTD anda dan algoritma AI akan memberikan anda pelbagai pilihan watch face yang matching dengan pakaian anda! Menarik kan, tak payah nak tukar-tukar jam. Tukar watch face je!

Jangan tak tahu, OPPO Watch ada dua warna, iaitu Black dan Glossy Gold untuk 46mm dan Pink Gold dan Black untuk 41mm dengan pilihan tali jam silicone dan kulit yang senang untuk ditukar. Jadi anda boleh pilih warna tali ikut mood anda!

3. Menjaga & Memantau Tahap Kesihatan Anda

Untuk anda fitness junkie dan gym goer, OPPO Watch ni memang perlu jadi BFF anda! Sebab di dalam OPPO Watch ini dilengkapi dengan pelbagai function yang hebat untuk memantau dan mengekalkan tahap kesihatan anda. Apa yang best? Ni list nya:

1. Real-Time Heart Rate Monitoring – Dengan 4 sensor yang terdapat pada OPPO Watch ini, anda akan dapat memantau kadar degupan jantung anda sepanjang masa.

2. Sleep Monitoring – Dari jam 8pm – 10am, OPPO Watch akan sentiasa memantau pola tidur anda dan pada esok paginya apabila anda bangun, OPPO Watch akan memberikan report untuk anda pantau kualiti tidur anda malam tadi!

3. Get-up Reminder / Break Reminder – Jika dalam masa satu jam kurang daripada 20 langkah yang direkodkan, OPPO Watch akan menghantar reminder pada anda untuk melakukan 5 minit gerakan atau senaman ringan.

4. Breathing to Reduce Stress – Anda juga boleh mengurangkan kadar stress dan tekanan dengan bantuan daripada OPPO Watch yang akan melatih anda untuk bernafas dengan perlahan dan disertakan juga dengan bantuan suara, getaran dan gambar ‘interface’ untuk membantu anda relax dan kekal tenang.

Paling best OPPO Watch ini boleh tahan air sedalam 50M. Jadi bila anda nak swimming tu boleh lah pakai OPPO Watch untuk pantau tahap kecergasan anda.

Amacam best kan function yang ada dalam OPPO Watch ni, memang rugi kalau ada yang abaikan untuk menggunakan OPPO Watch ini. Semua ada, anda tunggu pakaikan di tangan jer, lepas tu boleh gayakan dengan pelbagai gaya. Senang cerita jam tangan pintar ini mesti dimiliki untuk menjadikan hidup anda lebih mudah, lebih sihat dan bergaya.

Nah, korang check out lah perbezaan OPPO Watch versi 46mm dan 41mm. Yang mana satu korang nak?

Ehhh.. belum habis! Bukan setakat OPPO Watch je, telefon pintar OPPO FindX2 Pro juga turut dilancarkan hari ini dengan variasi warna terbaru, iaitu Green Vegan Leather Edition!

Awal tahun ini, OPPO FindX2 Pro diperkenalkan ke pasaran dan telah menerima sambutan yang memang awesome dari peminat telefon pintar.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin 6.7 inci dengan kuasa resolusi QHD + AMOLED dan menyokong kadar penyegaran 120Hz, menjadikannya salah satu paparan berkualiti tinggi di pasaran. Ditambah dengan Sistem Kamera Ultra Visi, menjadikan pengalaman fotografi yang versatil dan serba boleh! Tambah pulak lagi dengan paparan warna 10-bit dengan 1,000,000,000 (1 bilion) warna yang memberikan paparan kandungan yang sempurna dan ketepatan pemulihan warna. Memang tiptop lah display pada peranti ni!

Platform Mudah Alih Qualcomm Snapdragon 865 dan Sistem Modem-RF Qualcomm Snapdragon X55 5G, digabungkan dengan cas kilat 65W SuperVOOC 2.0 yang membolehkan anda mencapai tahap bateri 60% dalam masa 15 minit sahaja, peranti rekaan OPPO ini menjaminkan pengalaman baru dan menarik untuk anda.

Variasi warna terbaru OPPO FindX2 Pro Green Vegan Leather Edition ini diilhamkan dari warna kehijauan ‘pistachio’ yang dihasilkan untuk melambangkan tranquility dan empowerment yang mampu memberikan ketenangan dan kebolehan untuk menangani setiap situasi dan cabaran hidup.

So amacam, best tak OPPO Watch dan OPPO FindX2 Pro ni?

Bagi anda yang dah lama idamkan smart watch macam OPPO Watch dan peranti hebat macam OPPO FindX2 Pro ni jangan lupa buat pre order sekarang sehingga 2 Oktober 2020 dengan harga hanya RM1,299 untuk OPPO Watch versi 46mm dan RM899 untuk OPPO Watch 41mm! Dengan setiap pre-order anda akan menerima 2 tali jam tangan bernilai RM199.

OPPO Watch 46mm: https://bit.ly/3kO9Y5v
OPPO Watch 41mm: https://bit.ly/2FPvWGu

Sepanjang tarikh pre-order, anda juga akan menerima diskaun 10% untuk OPPO Watch apabila anda membeli peranti OPPO Reno4 Series atau OPPO FindX2 Series.

Berita baik juga untuk pelanggan sekitar Lembah Klang! OPPO telah berkolaborasi dengan Katun, artis graffiti terkenal Malaysia untuk menghasilkan strap eksklusif untuk 50 pre-order pertama dari pelanggan sekitar Lembah Klang. So bukan setakat dapat 2 straps percuma, korang juga akan dapat 1 lagi strap eksklusif, siap boleh personalize nama korang pada strap tu! Pelanggan terpilih akan dapat tengok sendiri Katun designkan strap korang tu di OPPO Flagship Store @ The Garden Mall pada hari jualan pertamanya pada 3 Oktober 2020 ini!

Bukan itu je! OPPO turut menawarkan pembelian istimewa bermula 3 Oktober 2020 untuk kedua-dua peranti terbaru mereka, OPPO Watch dan OPPO FindX2 Pro Green Vegan Leather Edition. Anda boleh memiliki kedua-dua peranti tersebut dengan harga RM5,399 sahaja (harga asal RM6,097). Dengan pembelian istimewa ini, anda akan menerima sepasang OPPO Watch versi 46mm dengan tali tambahan, dan peranti eksklusif OPPO FindX2 Pro Green Vegan Leather Edition. Gila best lah!

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan maklumat lanjut di link berikut:

OPPO Watch & Find X2 Pre-Order: https://bit.ly/3czn0ks

OPPO Brand Store: https://bit.ly/33W6ozb

OPPO Facebook: https://bit.ly/33XJpnl

OPPO Instagram: https://bit.ly/2RWEOfS

Dapatkan X2 Pro 5G Green Vegan Leather Edition Exclusive Gift Box: https://bit.ly/3j4fNLv