fbpx

Coretan Terakhir Arwah Untuk Bekas Majikan Buat Netizen Tersentuh

Hari ini kita dikejutkan dengan berita di mana bekas pembantu peribadi Datin Seri Shahida yang dikenali sebagai Muhammad Ghazali Bin Hj Mat Lawi atau Ghazi telah kembali ke rahmatullah disebabkan apendiks pecah.

Menerusi perkongsian Shahida, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meminta orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh.

BACA: Selepas Anak Perempuan, Datin Shahida Dedah Anak Lelakinya Alami Disleksia

https://www.instagram.com/p/CE5VZNwF-83/?utm_source=ig_embed

Kata Shahida lagi, dia menganggap arwah seperti adik sendiri dan sebelum ini pernah berkongsikan sifat peribadi Ghazi yang sangat disenangi ramai dan ikhlas dalam melakukan pekerjaan.

https://www.instagram.com/p/B4CuQcEFPZl/?utm_source=ig_embed

Lebih meruntun jiwa, arwah sempat memuat naik coretan terakhir di Instagram mengenai bekas majikannya bukan sahaja seorang yang baik malah melayannya seperti ahli keluarga sendiri.

Arwah turut menyifatkan Shahida bukan seperti wanita elite yang lain. Memuji sifat peribadi Shahida, arwah mengatakan bekas majikannya itu tidak bersikap lepas tangan berkenaan semua tugasan terhadap pembantu peribadi semata-mata.

Malah, jika keluarga Shahida membeli belah, pasti akan ada bahagian untuk pembantu juga serta makanan yang dinikmati oleh mereka sekeluarga dan pembantu peribadi juga sama sahaja.

Difahamkan, beberapa sahabat terdekat memaklumkan Allahyarham meninggal dunia dipercayai berpunca daripada penyakit appendiks yang dihadapinya. Malah keadaan Allahyarham juga semakin tenat sejak beberapa hari yang lalu.