Baru-baru ini, foto aksi mesra yang dikongsikan pelakon dan pengacara Nabil Mahir bersama tunangnya, Ayda Jebat sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 di Instagram mengundang kecaman netizen.
Foto berpelukan di hadapan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan tindakan pasangan itu kurang sopan kerana belum lagi mempunyai ikatan yang sah.
BACA: Netizen Tuduh Ayda Jebat Tinggal Sebumbung Dengan Tunang
Netizen turut memberikan cadangan daripada berpelukan sebegitu adalah lebih baik jika pasangan itu cepat-cepat mendirikan rumah tangga untuk mengelak daripada sebarang fitnah.
Netizen juga turut berasa hairan mengapa kebanyakan artis tidak terus bernikah sedangkan sudah mempunyai kewangan yang stabil.
Malah, ada netizen membandingkan mereka dengan pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie yang masih menjaga batas antara satu sama lain walaupun baru mengikat tali pertunangan.
Untuk rekod, Nabil sebelum ini, melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu. Kemudian, pasangan itu mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.