Seperti sedia maklum sejak awal tahun ini, rakyat Malaysia berdepan dengan virus yang mengancam nyawa iaitu Coronavirus (COVID-19). Tidak dapat dinafikan lagi, virus ini menyebabkan ramai di antara kita yang terjejas dari segi pendapatan sehingga ada yang diberhentikan kerja gara-gara syarikat tidak dapat lagi menanggung kos gaji pekerja.

Menurut sumber laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), virus berbahaya ini telah mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah negara sehingga mencatat penurunan sebanyak RM3,504 atau 55%. Jika anda dapat melihat carta di atas ini, ternyata dalam tempoh PKP, perbelanjaan untuk barang dan perkhidmatan penting seperti makanan, utiliti, kesihatan dan komunikasi telah meningkat.

Kami yakin, rata-rata kita semua mengalami kejutan yang berganda dari segi perbelanjaan. Jangan risau, hari ini, kami ingin kembalikan keceriaan anda dengan menggalakkan anda untuk menyertai peraduan Jom Bantu dari Petron.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memulihkan kembali kewangan anda!

Bagaimana Cara Untuk Sertai Peraduan Hebat Ini


Ha! Pasti ramai yang tak sabar kan untuk sertai peraduan yang paling mudah ini. Senang sahaja caranya, setiap kali anda leretkan kad Petron Miles dan membeli minyak berjumlah RM50 secara terkumpul, secara automatik dapat menyertai peraduan Jom Bantu ini!

Berikut adalah contoh penyertaan dengan perbelanjaan minyak Petron Blaze atau Petron Turbo Diesel:

Pembelian sebanyak RM100 = 2 penyertaan

Pembelian sebanyak 4 kali sebulan x RM15 = 1 penyertaan

Pembelian sebanyak 10 kali sebulan x RM5 = 1 penyertaan

Pembelian sebanyak 4 kali sebulan x RM40 = 3 penyertaan

Pembelian sebanyak 4 kali sebulan x RM50 = 4 penyertaan

Bermula dari sekarang sehingga 30 September ini, sebanyak 30 pelanggan Petron Malaysia yang bertuah berpeluang untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, baucer barangan runcit bernilai RM2,000 dan mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000.

Manakala, 300 lagi ahli Petron Miles pula berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati berupa mata ganjaran Petron Miles bernilai sehingga RM300.

Pemenang akan dipilih setiap bulan dari lima Kawasan ini termasuklah Lembah Klang, Selatan, Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur dalam masa tiga bulan. Semua pemenang akan diumumkan setiap bulan melalui laman sosial Petron Malaysia.

Secara keseluruhannya Petron Malaysia menawarkan sebanyak RM240,000 untuk anda. Inilah masanya untuk anda isi minyak di Petron Malaysia dan cepat-cepat rebut peluang ini.

Melalui peraduan ini, Petron Malaysia ingin membantu anda dari segi kewangan dan perbelanjaan anda. Sekaligus ini juga menunjukkan keprihatinan Petron kepada pelanggannya.

Ingat ya untuk leretkan kad Petron Miles untuk join (sertai) Jom Bantu!

×