fbpx

Syifa Melvin Akui Gagal Matematik Dalam SPM, Tapi Tak Bodoh Kira Duit

Berkongsikan kenangan ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, adik kepada Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin berkata pelajarannya merosot dan berubah menjadi pemalas apabila memasuki tingkatan empat.

Tidak malu berkongsikan bahawa dia lemah dalam subjek Matematik, Syifa berkata disebabkan itu dia terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UITM) kerana gagal Matematik dalam SPM.

BACA: Syifa Melvin Dikecam Hina Penduduk Rumah Setinggan, PPRT

“Sampai tingkatan 5 dah SPM paling teruja nak jawab ujian Agama,Bahasa Melayu dan Sastera sebab tu ja yang aku mahir hahahaha. Mai kertas Matematik sumpah nak kencing nak terberak sebab out teruk!

“PMR pun tak cemerlang Matematik aku sejenis benak memang tak faham cikgu ajar apa. Masalahnya aku yang benak cikgu tu ajar elok ja,” tulisnya di Instagram (IG).

“Weh Sijil Pelajaran Malaysia aku gagal Matematik tau. Sumpah tak tipu, ada A pun tak guna dah Matematik gagal,” tulisnya.

Bagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat Syifa untuk terus belajar dan menyambung pelajaran di universiti swasta. Dalam pada itu, Syifa sempat bergurau, meskipun dia kurang mahir dalam subjek Matematik tetapi tak ‘bodoh’ untuk mengira duit.

“Dah lama aku simpan aib ni weh tak semua orang tau. Memang harapan aku nak dapat belajar Universiti Teknologi MARA dah Matematik pun tak kredit, tu yang sambung belajar dekat swasta. Tapi Alhamdulillah Matematik ja bodoh kira duit tak bodoh,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, perkongsian Syifa itu menarik perhatian seorang guru yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah itu. Menurut gurunya, dia sangat berbangga melihat pelajarnya itu kini sudah menjadi insan yang berjaya.

Sementara itu, ramai yang memuji Syifa bahawa dia mampu membuktikan gagal Matematik tidak bermakna tidak boleh berjaya dalam hidup. Namun, ada netizen seolah menyindirnya dengan bertanyakan sama ada dia pandai mengira atau tidak duit kekasihnya iaitu Safawi Rasid.

 

Tidak hanya berdiam diri, komen netizen itu dibalas oleh Syifa yang mengatakan dia tidak hidup dengan duit Safawi kerana selama ini dia berusaha mencari rezeki sendiri tanpa bergantung harap orang lain.

Syifa turut memberi nasihat kepada netizen itu agar berhenti bertanya soalan yang kurang cerdik dan berharap semoga Allah mengampunkan dosanya.