fbpx

Joe Flizzow, Marini Ramlan Selamat Bergelar Suami Isteri

Tahniah diucapkan kepada penyanyi rap terkenal tanah air, Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya, Nurin Marini Ramlan hari ini.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh adik Marini menerusi akaun Instagram miliknya dengan tanda pagar #JoeNini. Adik Marini turut mengucapkan kepada Joe selamat datang ke dalam keluarga mereka.

BACA: Joe Flizzow, Marini Bakal Nikah April 2020

Kedua-dua mempelai juga bertukar hantaran termasuk sepasang cincin perkahwinan, sepersalinan pakaian tradisional, senaskah Al-Quran (yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong)

Turut diberikan sebentuk butang baju melayu antik emas warisan keluarga, sehelai kain sampin songket tenunan pereka terkenal berasal dari Terengganu, Wan Manang dan sepasang kasut Nike edisi terhad, Air-Force One Supreme.

Pasangan pengantin itu cantik dan segak mengenakan pakaian tradisional berwarna putih. Berdasarkan foto yang dikongsikan, dapat dilihat majlis tersebut berlangsung dalam serba penuh sederhana.

Terdahulu, Joe dan Marini mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lepas dan dijangka mendirikan rumahtangganya pada April tahun ini. Namun, terpaksa menundakan ekoran penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).