fbpx

Alicia Amin Dakwa Vivy Yusof Guna Anak Yatim Tutup Kesalahan?

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila jenama tudung popular dUCk Scarves oleh usahawan terkenal Vivy Yusof didakwa telah menciplak idea photoshoot tudung seorang personaliti TV & model, Sleepyllama.

Bagaimanapun, Vivy dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa rekaan tudungnya adalah rekaan asli. Malah, Vivy turut terkilan apabila koleksi yang dilancarkan untuk membantu anak-anak yatim itu diperkotak-katikkan sedemikian rupa.

BACA: Alicia Amin Seru Model Boikot Bekerja Dengan Vivy Yusof

Selepas menyeru model-model yang lain untuk memboikot serta tidak menerima sebarang tawaran daripada Vivy Yusof, nampaknya Alicia Amin kurang senang dengan penjelasan oleh usahawan itu.

Model itu meluahkan rasa kesal dengan kenyataan Vivy yang seolah-olah menutup kesalahannya dengan mengatakan bahawa koleksi itu untuk membantu anak-anak yatim, sedangkan Vivy sepatutnya memohon maaf di atas kesalahannya itu.

Alicia turut memuat naik status sindiran mengatakan dia akan menjual dadah selepas ini dan sumbangkan wang tersebut kepada anak yatim kerana tidak menjadi masalah untuk dapatkan wang dengan cara apa pun untuk membantu.

Terdahulu, personaliti TV & model, Sleepyllama atau nama sebenarnya Nia Atasha meluahkan ras kesal terhadap tindakan Vivy yang meniru idea yang pernah dikeluarkan olehnya bersama sebuah jenama tempatan pada 2018.