fbpx

Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Susah Bayarkan Sewa Rumah Bulan-Bulan

Umum mengetahui Ustaz Ebit Lew antara pendakwah yang disenangi ramai kerana cara pendekatan beliau yang lemah lembut malah terkenal dengan sifat peribadinya yang suka membantu mereka yang ditimpa kesusahan dan kesempitan hidup.

Disaat negara dilanda wabak COVID-19, Ustaz Ebit terus tampil menghulurkan bantuan kepada pasukan barisan hadapan malah baru-baru ini beliau membantu satu keluarga daif yang sudah 4 hari tinggal di sebuah jambatan di Selayang akibat kesempitan hidup.

BACA: Ustaz Ebit Lew Terus Membantu, Sumbang Kemudahan Untuk Petugas Kesihatan

Menceritakan apa yang dilihatnya, Ustaz Ebit sebak apabila melihat anak kecil yang seusia dengan anaknya tidur kesejukan beralaskan kotak. Beliau kemudian membawa keluarga itu pulang ke rumah dan dalam usaha usaha mendapatkan rumah sewa buat mereka.

Ustaz Ebit berkata akhirnya beliau berjaya mendapatkan rumah untuk keluarga berkenaan dengan kos sewa RM500 sebulan. Lebih terharu apabila Ustaz Ebit berkata beliau akan berusaha membayar sewa rumah keluarga tersebut secara bulanan.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit berkara ada seorang hamba Allah ingin memberi tempat tinggal kepada keluarga berkenaan secara percuma memandangkan dia berada di luar negara, namun mereka dihalau kerana AJK kawasan kondo berkenaan tidak membenarkan mereka menetap disitu.

Perkongsian Ebit Lew memdapat perhatian dari netizen yang mengucapkan terima kasih diatas bantuan beliau kepada keluarga itu. Malah, mereka juga mendoakan agar pendakwah itu terus dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik agar dapat membantu lebih ramai orang.