fbpx

Berehat Mengacara, Siti Elizad Mulakan Rawatan IVF Hari Ini

Seperti kita tahu, pelakon dan pengacara Siti Elizad berharap agar dikurniakan cahaya mata tahun ini walaupun pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri.

Nampaknya, Elizah mengumumkan bakal berehat seketika daripada mengacarakan program bual bicara Mingguan Wanita bermula Jumaat lalu demi menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bermula hari ini.

BACA: “Dapat Seorang Anak Pun Dah Memadai Sangat-Sangat”

https://www.instagram.com/tv/B8iehuLAkBl/?utm_source=ig_embed

Perkara itu dimaklumkan olehnya menerusi Instagram Sinar FM. Menurutnya lagi, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi mengendalikan program buat untuk memberi tumpuan kepada rawatan.

Elizad turut kelihatan sebak ketika mengumumkan perkara itu serta meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk rawatan tersebut.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.