fbpx

Sharnaaz Ahmad Bosan Dengan Jenaka Kereta Terbang

Sudah memasuki tahun 2020, boleh dikatakan ramai netizen berjenaka mengenai kereta terbang yang tular di media sosial. Perkara itu turut mendapat perhatian Sharnaaz Ahhmad yang menganggap jenaka itu agak membosankan.

Menerusi Twitter, Sharnaaz berkata daripada melawak mengenai kereta terbang adalah lebih baik jika kita berusaha untuk mencapai impian bukan menjadikan perkara itu sebagai bahan tawa.

BACA: Sharnaaz Ahmad Sekat Netizen Berani Komen Gambar Puting

“Troll kereta terbang itu agak membosankan, dari buat lawak pasal kereta terbang, baik fikirkan dan usahakan mimpi yang kita hajati itu terbang menuju kejayaan. Mari sama-sama mempunyai impian dari mentertawakan orang lain, kereta akan terbang, itu juga satu impian,” tulisnya.

Pasti ramai tahu, dahulu masyarakat pernah disogok dengan khabar angin bahawa akan wujudnya kereta terbang menjelang tahun 2020 sebagai hasil kepesatan teknologi.