fbpx

Tidak lama lagi kita bakal menerjah ke tahun baru 2020 yang pastinya menjadi satu tahun yang paling dinanti-nanti. Ramai antara kita yang mahukan sesuatu yang baru bersempena dengan tahun baru, kenapa tidak hadiahkan diri sendiri sebuah telefon pintar yang paling hebat tahun ini.

OPPO Reno2 merupakan telefon pintar terbaru dari OPPO yang ditambahbaik dengan pelbagai fungsi sesuai untuk semua golongan. OPPO Reno2 hadir dengan empat kamera belakang yang canggih menyokong Ultra Dark Mode dan Ultra Steady Video untuk merakam kenangan indah.

Anda pasti tidak akan menyesal bila mendapatkan OPPO Reno2 hari ini kerana selain memiliki fungsi canggih, kini OPPO Reno2 turut hadir dalam rekaan warna Ocean Blue yang sangat menarik dan lain daripada yang lain.

Menariknya, bersempena dengan pelancaran warna baru OPPO Reno2, anda boleh dapatkan tumbler Starbucks edisi khas dengan rekaan eksklusif di OPPO Flagship Store. Pakej khas tumbler OPPO x Starbucks ekslusif ini berharga pada RM199 dan hadir bersama Bluetooth speaker secara PERCUMA.

Tarikh: 12 Disember 2019
Masa: 4.00PM
Lokasi: Lot P5.23.00, OPPO Flagship Store, Pavilion KL

OPPO Reno2 menggunakan rekaan badan melengkung yang seamless bersama kamera belakang yang kekal berada dalam kerangka belakang diperbuat daripada Gorilla Glass generasi ke-5 yang terbaru dan tahan lasak.

Selain hadir dengan warna baru Ocean Blue yang memang sedap mata memandang, OPPO Reno2 kekal hadir dengan fungsi canggih yang bakal merubah hidup anda dan buat anda jatuh cinta setiap hari.

1. 5x Hybrid Zoom


Dengan kuasa 5x hybrid zoom yang terdapat dalam mod OPPO Reno2 ini membolehkan anda untuk rakam memori terindah bersama insan tersayang meskipun dalam keadaan jarak jauh.

1x zoom

5x hybrid zoom

2. 20x Digital Zoom


Bagi anda yang gemar merakam video sangat sesuai jadikan OPPO Reno2 sebagai pilihan anda. Reno2 kali ini dilengkapi dengan 5x zoom hybrid dan 20x zoom digital untuk rakaman gambar yang lebih ultra kualiti tinggi meskipun dalam keadaan jarak yang jauh.

20x zoom digital

3. Ultra Steady Video



Bila bercakap bab video, OPPO Reno2 ini memang paling awesome kerana ia dilengkapi dengan Ultra Steady Video yang mampu mengurangan bunyi semasa rakaman berlangsung.

Ultra Steady Video ini akan bertindak menstabilkan video yang diambil semasa jogging, ski, berbasikal, menunggang motosikal atau pun semasa anda menaiki roller coaster. Dengan kuasa Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS) yang mengimbangi pergerakkan.


Lebih menarik lagi, dengan kecanggihan ini anda boleh merakam video dengan kadar bunyi yang sangat perlahan. Jadi jangan bimbang bunyi-bunyi yang tidak diundang akan masuk kedalam video anda ketika rakaman berlangsung!

4. Kesan Bokeh Dalam Video


Yang menariknya mengenai telefon pintar Reno2 ini adalah kesan bokeh/kabur pada latar belakang video yang boleh digunakan pada kamera hadapan mahupun kamera belakang. Kiranya anda boleh jadikan latar belakang lebih kabur supaya objek lebih kelihatan semasa merakam video nanti.

OPPO Reno2 juga hadir dengan teknologi penyunting video pintar yang dipanggil SOLOOP di mana ianya akan memilih video template dan muzik latar bersesuaian dengan lokasi, masa dan kandungan album anda selain memasukkan transisi dan filter untuk memudahkan anda hasilkan vlog dengan pantas dan mudah. Bukan sahaja merakam, OPPO Reno2 turut memudahkan anda menyunting kandungan dengan kecekapan teknologi.


Bukan itu sahaja, mikrofon yang terdapat dalam telefon pintar ini juga boleh menyekat kebisingan background dan menjadikan suara manusia lebih mudah didengar semasa penggambaran.

5. Audio Zoom


Dengan adanya audio zoom mode anda boleh tingkatkan kesan bunyi objek apabila zoom nanti. Mode ini sangat sesuai untuk anda gunakan semasa merakam memori dalam keadaan angin kencang mahupun jalan yang sibuk dengan kebisingan kenderaan.

6. Ultra Dark Mode

Jika anda melakukan rakaman pada waktu malam sekali pun OPPO Reno2 masih mampu merakam setiap objek yang ada. Anda hanya perlu gunakan Ultra Dark Mode sahaja.

On sahaja mode ini, pastinya setiap video anda akan lebih berkualiti meskipun rakam dalam keadaan cahaya yang kurang.

Lebih menarik lagi, dengan menggunakan OPPO Reno2 ini anda juga boleh dapatkan gambar dalam jarak yang dekat dengan lebih sempurna dan tajam hanya dengan menggunakan Ultra Marco Mode dengan kuasa close up yang meletop!

7. VOOC 3.0 dan 4000mAh

OPPO Reno2 juga dilengkapi dengan lima lapisan perlindungan yang meliputi semua aspek proses pengecasan dengan cepat dan selamat.

Bukan itu sahaja, OPPO Reno2 ini dijana oleh kebesaran bateri 4000 mAh yang tahan lama. Senanglah lepas ini anda travel tanpa risau bateri akan habis dalam kadar masa yang cepat!

Berminat untuk tempuh tahun baru 2020 dengan telefon pintar OPPO Reno2 yang serba canggih? Anda boleh dapatkan OPPO Reno2 secara online di OPPO Online Store www.oppo.com.my atau lokasi OPPO Concept Store di seluruh Malaysia.

Anda juga boleh hadirkan diri ke OPPO Flagship Store yang terletak di Pavilion, Kuala lumpur untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan OPPO Reno2 dan peranti terkini dari OPPO yang lain termasuklah peranti IoT dan peranti edisi terhad selain servis selepas jualan kelas pertama yang tiada tandingan. Jika anda tidak dapat hadirkan diri, pre-order OPPO Reno2 akan dibuka pada 12 Disember sehingga 20 Disember 2019 dan anda akan terima Olike Bluetooth Speaker bernilai RM199 sebagai hadiah PERCUMA! Ayuh!