Masuk sahaja hujung tahun memang waktu yang paling sesuai untuk anda pergi bercuti! Sama ada dengan keluarga, kawan-kawan mahupun solo travel! Yang paling best sekali kalau pergi negeri-negeri 4 musim ni, anda boleh merasai musim yang tak pernah ada di Malaysia!
Lagi-lagi kalau hujung tahun ni ada musim luruh dan juga musim sejuk. Alang-alang dah ke Korea tu, rugi kalau anda tak singgah di Incheon dulu sebelum ke destinasi seterusnya. Sebab Incheon dekat sangat dengan Airport Incheon Korea dan boleh naik tren sahaja. Incheon mempunyai pelbagai tarikan tersendiri dengan seni reka bandar moden dengan tarikan yang benar-benar intagram worthy! Banyak guide boleh ikut untuk jalan-jalan di Incheon! Layari laman Tourism Incheon untuk maklumat lanjut
Rugi kalau anda hanya baca separuh jalan sahaja posting ni sebab dekat bawah ada banyak benda best untuk pembaca.
Ada Luge Ride Terpanjang Di Korea & Wonderbox Theme Park! Wahhhh, Bestnya!!
Luge Ride ni memang wajib anda cuba! Rata-rata yang dah main Luge Ride ni mesti akan cakap aktiviti ni best gila dan excited untuk ajak kawan-kawan mereka main aktiviti ni!
Mula-mula memang akan risau tapi lepas habis tu perasaan teruja mesti membuak-buak! Ada dua pilihan yang boleh anda pilih, satu trek yang pendek tapi laju dan pilihan kedua, trek yang panjang tetapi kelajuannya sedikit lambat.
Wolmi Sea Train Monorail dan Music Fountain
Tren monorail Wolmi Sea ini merupakan tren pelancong yang terpanjang di Korea selatan! Landasan monorail sepanjang 6.1km ini akan melalui 4 buah station di Wolmi island. Dalam satu-satu masa, monorail tersebut boleh memuatkan seramai 46 penumpang dan perjalanan mengambil masa selama 35 minit.
Senang je, hanya duduk dalam monorail dan nikmati permandangan di Wolmi Park!
Selepas tamat perjalanan, penumpang akan turun di Wolmi Cultural Street dimana penumpang akan nampak Wolmi Moonlight Music Fountain! Music Fountain ini akan membuat pertunjukkan lampu dan juga muzik dari jam 1pm hingga 10.20pm!
Kalau anda nak lagi romantik? Ha, kenalah tengok pertunjukkan Music Fountain dengan permandangan matahari terbenam dari Wolmido Island. Sweet sangat! Macam dalam K-drama!
Paradise City (Wonderbox)
Disebelah malam, anda boleh ke Paradise City! Kalau anda suka travel untuk ke Taman Tema, Wonderbox ni adalah salah satu tempat wajib untuk anda singah! Ada pelbagai permainan extreme yang menyeronokkan! Tak cukup naik sekali sahaja, mesti nak ulang-ulang naik!
Terletak bersebelahan Incheon Airport, selain Wonderbox – Paradise City mempunyai pusat membeli belah, dan pelbagai dengan rekaan dalam dan luar yang sangat moden dan artistik, boleh membeli belah sambil kumpul stok #ootd! Tak percaya? Tengok rekaan luar bangunan di Wonderbox Paradise city ini, jadi bila anda datang sini jangan lupa pakai cantik-cantik okay!
Bukan hanya Taman Tema biasa, Wonderbox ini juga ada festival-festival yang bertukar-tukar tau. Ada halloween, Luna Carnival, Masquerade Show dan macam-macam lagi! Anda boleh check dulu festival atau tema apa yang sedang berlangsung dekat sini!
Hari Ke-2, Hari Ambil Gambar Insta-Worthy!
Ha kalau hari pertama dah buat semua aktiviti, dah main di Wonderbox, dah main di Luge Ride. Hari kedua ni anda manfaatkan untuk berjalan dan ambil gambar banyak-banyak!
Joyangbangjik Café
Cafe ini dulu adalah kilang textile di Bandar Ganghwa! Dibina pada tahun 1933, Joyangbangjik kini merupakan cafe, galeri dan juga tapak seni. Setiap sudut di cafe ini boleh ambil gambar, sebab memang cantik dan juga insta-worthy!
Rata-rata pelanggan yang datang semuanya tak puas ambil gambar! Barangan seni yang ada kesemuanya unik dan klasik.
Sochang Experience Center
Pada tahun 1950-1960, industri Sochang merupakan industri terpesat di Ganghwado. Namun, kemajuan material pakaian membuatkan industri Sochang merundum di Korea. Sejarah mengenai Sochang ni boleh dipelajari di Sochang Experience Center ini!
Siap boleh buat sapu tangan Sochang sendiri lagi! Yang paling best, sapu tangan tersebut boleh direka mengunakan stamp yang disediakan, mengikut kreativiti tersendiri! Cenderahati yang paling best mestilah yang kita buat sendiri kan?
Incheon Art Platform
Untuk peminat k-drama, anda mesti excited untuk pergi tempat terakhir ni. Di sinilah tempat di mana drama Goblin melakukan penggambaran! Kalau anda masih samar-samar, ini merupakan tempat di dalam episode 14, di mana Kim Shin berjalan bersama dengan Eun Tak selepas program radionya.
Incheon Art platform ini adalah tempat seni yang terdiri daripada 13 gudang yang diperbuat dari batu bata dari 1930s dan 1940s. Bukan hanya cerita Goblin, tapi cerita Dream High dan juga Beauty Inside juga difilemkan disini!
Ha, Nak Tempah Tiket Ke Tu? Apa Lagi Guys? AirAsia lah!
AirAsia kini menawarkan tambang rendah setiap hari di airasia.com ke Incheon, Korea Selatan dengan penerbangan 2 kali sehari. Pra-tempah makanan dalam pesawat, bagasi, insuran dan aktiviti menerusi airasia.com bagi penjimatan lebih.
Untuk anda rasa lebih selesa cuba terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang mempunyai pelbagai kelebihan dan confirm tidur nyenyak dalam pesawat!
Pembaca RotiKaya Dapat 30% Diskaun Di Kedai Bebas Cukai Lapangan Terbang? Wow!
Khas untuk pembaca RotiKaya yang bakal terbang bersama AirAsia sehingga hujung tahun ini, AirAsia juga menawarkan potongan 30% bagi barangan bebas cukai di laman ourshop.com!
Dengan pembelanjaan minima RM100.00 untuk pembelian dari sekarang hingga 31 Disember 2019. Hanya masuk kod promo OURKOL30 untuk potongan ini.
/
Beli online sahaja dan barang tersebut akan dihantar terus ke tempat duduk anda dalam flight nanti! Tapi hanya flight Airasia sahaja!
Antara terma dan syaratnya ialah:
– 30% off storewide dengan min MYR100.
– Penggunaan yang meluas
– Tidak perlukan login
– Sah sehingga: 9/30/2019 – 31/12/2019
– Tidak termasuk brand: Remy Martin, Royal Selangor, Hibiki
Kalau dirancang betul-betul, hampir semua tempat menarik dan juga aktiviti dekat Incheon ini ada boleh rasai dalam masa dua hari sahaja! Tambang murah dengan AirAsia dari Kuala Lumpur ke ICN sehala hanya RM399 dan RM999 untuk Premium Flatbed bagi Ahli BIG. Lepas itu siap dapat diskaun 30% di kedai bebas cukai lagi.
Memang berbaloi sangat ni! Jadi apa lagi? Klik di sini untuk tempah tiket flight anda sekarang! Tempah sekarang hingga 2 Nov 2019 untuk tempoh perjalanan segera atau hingga 31 May 2020.