Hael Husaini Dedah Anak Manja Dengan Calon Isteri

Usia sudah menganjak 32 tahun, Hael Huasini mengakui dia kini sudah memikirkan soal untuk berumah tangga. Malah, Hael berkata dia sudah meletakkan fokus untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Mahu membeli rumah dan serius untuk membina keluarga, dalam temu bual tersebut, Hael seakan mengakui sudah mempunyai calon isteri dan anak angkatnya selesa dengan ‘calon’ tersebut.

BACA: Peminat Doa Hael Hussaini & Dayang Nurfaizah Kahwin

“Fokus saya nak kahwin selepas ini, tapi saya nak kumpul duit dan beli rumah dahulu sebelum nak dirikan rumah tangga. Tipulah kalau tiada perancangan, namun saya harapkan doa terbaik daripada peminat.

“Apa yang boleh dikatakan ialah anak angkat saya iaitu Nur Helena selesa dengan ‘calon’ tersebut, selalu juga mereka meluangkan masa bersama,” kataya kepada mStar Online.

Diminta mengulas mengenai calon isterinya, Hael enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya mencuri hatinya itu dan seakan bijak mengelak soalan tersebut.

×