fbpx

“Saya Tonton Ceramah Agama Untuk Atasi Tekanan Hidup”

Sebagai manusia memang tidak dapat lari daripada masalah, bagi Datin Alyah pula, beliau memilih untuk mendengar ceramah agama bagi mengatasi tekanan perasaan yang sering dihadapinya berbanding berkongsi di laman sosial.

BACA: Alyah Dedah Masalah Rumah Tangga, Buka Aib Ramli MS

“Secara peribadi apabila saya rasa macam sedikit tekanan saya bangun buka youtube dan dengar ceramah agama. Itu antara cara saya atasi tekanan perasaan. Kebiasaannya saya denagr ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Khalid Basalamah atau ceramah-ceramah yang lawak”

Menurut Alyah, ceramah agama banyak membantu mengurangkan tekanan yang dihadapinya selain dapat memanfaatkan ilmu berkenaan dengan berkongsikannya kepada peminat ketika membuat live di media sosial.

“Apabila mendengar ceramah mereka membuatkan saya semakin kuat dalaman. Saya ambil isi ceramah itu dan pratikkan mengikut kesesuaian, jadi bila saya live di laman sosial, saya akan kongsikan dengan peminat”

“Ada satu ayat yang saya pegag dan masih ingat, Allah sentiasa ada dengan kita dan mendengar masalah kita. Kalau sebelum ini mungkin lepaskan dekat Instagram, sekarang ini hanya dekat Allah,” jelasnya.

Cara Alyah mengatasi tekanan masalah sehari-harian memang patut dicontohi agar jiwa lebih tenang menghadapi dugaan. Tapi generasi sekarang ramai memilih media sosial pula sebagai medium meluahkan perasaan. (rtky/w)