Lagi berapa hari sahaja musim cuti sekolah bakal menjelma dan sudah tentunya anak-anaklah insan yang paling gembira menjelang cuti sekolah. Selain dapat membantu anak mereka dalam hal mengurus rumah, ibu bapa juga dapat melihat sendiri aktiviti yang anak-anak mereka lakukan setiap hari.
Tetapi kadang-kadang perasaan risau itu juga akan menghantui ibu bapa apabila runsing memikirkan tempat manakah yang paling best untuk padatkan aktiviti cuti sekolah. Tempat yang bakal kami kongsikan ini pastinya akan buatkan anak anda terhibur sambil mempelajari benda baru dan sudah semestinya tempat ini menjadi tumpuan ibu bapa untuk membawa anak mereka. Nak tahu dimana?
Jawapannya adalah di KidZania Kuala Lumpur!! Sempena cuti sekolah bulan Ogos ini, Kidzania Kuala Lumpur bakal mengadakan satu program baru bertemakan sejarah dan arkeologi. Program yang dikenali sebagai ArcheoKidZ ini bakal berlangsung pada 10 hingga 25 Ogos. Sudah tentunya pelbagai aktiviti yang akan bakal diadakan. Jom kita tengok apa aktiviti menarik di program ArcheoKidZ KidZania Kuala Lumpur!
?
1.Fossil Excavation
Dalam program fossil excavation ini, anak anda akan diajar cara sebenar menjadi seorang arkeologi dimana mereka akan merasai sendiri kaedah penggalian tulang-tulang yang sekian lama tertimbus, cara mengambil gambar bak seorang arkeologi serta banyak lagi. Senang cerita dalam bidang ini anak anda akan dapat mempelajari prinsip asas dan teknik penggalian arkeologi. Aktiviti ini amat sesuai untuk anak-anak yang yang berusia 8 tahun ke atas kerana ia merupakan salah satu bentuk permainan deria yang dapat membantu mengembangkan minda mereka.
Butiran aktivti:
o Tarikh: 10 – 18 Ogos 2019 (9 hari)
o Tempat: Di hadapan Teater
o Tempoh: 15 minit
2. Know Your Dino
Jika selama ini anak anda sering menonton cerita mengenai dinosaur hanya di kaca tv, kali ini menerusi program ArcheoKidZ, mereka akan mempelajari tentang jenis-jenis dinosaur serta rangkanya. Menarik bukan? Anda pun boleh join tau! Barulah sama-sama dapat terokai dunia arkeologi!
Butiran Aktiviti:
o Tarikh: 19 – 25 Ogos 2019 (7 hari)
o Tempat: Di hadapan Teater
o Tempoh: 15 minit
3. Dino Wrap
Okey, ini part yang paling best untuk asah kemahiran anak anda dalam mempelajari cara menghasilkan menu makanan yang menarik dan comel hihi. Dalam bengkel mingguan dino wrap ini, anak anda akan diajar cara menyediakan menu berbentuk dinosaur! Jangan terkejut pula kalau lepas ni anak anda mampu untuk menyediakan sarapan sendiri
Butiran Aktiviti:
o Tarikh: 10 – 11 Ogos 2019 (2 hari)
o Tempat: Kawasan Penjara di sebelah Balai Polis KidZania
o Tempoh: 20 minit
4. Dino Soap
Aktiviti ini merupakan aktiviti ibu bapa dan anak-anak, dimana anda boleh melakukan aktiviti pembuatan sabun dengan cara sebenar dengan menggunakan minyak sawit. Dan setiap bentuk sabun yang anda hasilkan itu merupakan satu cenderahati untuk anda bawa pulang bersama. Boleh lah dijadikan sebagai kenangan.
Butiran Aktiviti:
o Tarikh: 10 – 11 Ogos 2019 (2 hari)
o Tempat: Studio TV
o Tempoh: 30 minit
Selain dari aktiviti yang dinyatakan diatas, terdapat bermacam-macam lagi aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tempoh 2 minggu ini antaranya, Glue Fossils, Mayan Art, Jewelry shop, Art Studio serta banyak lagi! Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti ArchaeoKidZ, anda boleh rujuk di SINI.
Glue Fossil
Mayan Art
Yang paling menarik, jika anak ada adalah ahli B. KidZanian Citizen, anak anda berpeluang untuk membawa pulang barangan tajaan F&N sekiranya dia dapat melengkapkan nama dinosour dengan betul. Sambil belajar dapat hadiah pulak tu. Sangat berbaloi!
Sebelum kami terlupa, tiket untuk masuk program ArchaeoKidZ ini adalah RM90 bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak sekiranya anda memasukkan kod promo: DINO19 di laman web www.kidzania.com.my bermula hari ini sehingga 9 Ogos 2019.
Jadi apa tunggu lagi? Jom terjah KidZania Kuala Lumpur sekarang untuk pengalaman arkeologi yang tak dapat dilupakan pada musim cuti sekolah ini! Rawrrr!