fbpx

“Orang Lain Buka Kedai Makan, Kau Pun Nak Buka”

Sekarang kita dapat lihat semakin ramai selebriti memilih untuk membuka kedai makan atau kafe. Maklumlah, kebiasaannya kalau selebriti buka kedai makan, pasti akan diserbu peminat.

Tidak ketinggalan pelakon Elfira Loy turut mempunyai kafenya sendiri yang diberi nama Love Me Seven Days di Alam Damai, Cheras yang dibuka pada tahun 2015.

BACA: Tak Tahu Siang Ikan, Elfira Loy Diperli Netizen

Namun, baru-baru ini ada cerita tak sedap didengar apabila seorang pengguna Twitter berkongsikan pengalaman buruk berbuka puasa di kafe tersebut. Menurutnya, dia sudah membuat tempahan untuk berbuka puasa di situ dan bayaran deposit sudah pun dibuat.

Bagaimanapun, apabila tiba di kafe tersebut, pihak kafe memberitahu mereka terlepas pandang tempahannya dan mengatakan dia membuat tempahan dengan menghubungi nombor telefon yang salah.

Perkongsian netizen itu mendapat perhatian warga Twitter lain yang mengatakan terdapat pelbagai komen negatif terhadap kafe tersebut di Google Reviews.

Ada seorang netizen turut berkongsikan kisahnya berkunjung ke kafe tersebut di mana makanan mengambil masa yang lama untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa kafe tersebut sudah bertukar pengurusan namun tidak dapat dipastikan kesashihan perkara itu. Apa pun kita nantikan sahaja penjelasan Elfira mengenai isu ini.