Dasyat betul penangan filem Upin & Upin Keris Siamang Tunggal. Meskipun menjadi mangsa ‘curi rakam’, namun filem tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.3 juta walaupun baru sahaja empat hari ditayangkan di pawagam.
Rata-rata penonton memuji filem tersebut yang sememangnya sangat luar biasa dan setanding animasi Hollywood. Malah ada yang mengatakan seperti menonton filem Disney.
Ramai penonton kagum melihat jalan penceritaan filem tersebut yang banyak menerapkan elemen dan budaya Melayu serta tradisional.
Difahamkan filem tersebut menelan belanja RM20 juta dan mengambil masa lima tahun untuk dihasilkan. Filem Upin & Upin: Keris Siamang Tunggal itu juga akan ditayangkan di Vietnam pada 27 April depan, kemudian di Indonesia pada 9 Mei.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan filem Upin & Upin: Keris Siamang Tunggal. Siapa yang belum menonton lagi filem ini, tonton dulu trailer filem ini terlebih dahulu.